Skip to main content

Dunia

Risiko masuk hospital akibat Omicron lebih rendah berbanding Delta

isiko kemasukan ke hospital adalah 75 peratus lebih rendah bagi individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 berbanding Delta, lapor agensi berita Xinhua.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Risiko masuk hospital akibat Omicron lebih rendah berbanding Delta

Gambar: AFP

Diterbitkan : 05 Feb 2022 11:10AM

LISBON: Risiko kemasukan ke hospital adalah 75 peratus lebih rendah bagi individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 berbanding Delta, lapor agensi berita Xinhua.

Individu yang dijangkiti Omicron, secara purata, mempunyai kadar kesembuhan lebih cepat dan risiko kematian lebih rendah.

Demikian menurut kajian Lembaga Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Portugis (DGS) dan Institut Kesihatan Nasional Doutor Ricardo Jorge (INSA).

Faktor risiko, menurut kajian itu, adalah benar "tanpa mengira umur, jantina dan status vaksinasi pesakit” serta juga tidak dipengaruhi sama ada individu berkenaan sebelum ini pernah dijangkiti COVID-19 atau tidak.

Penyelidikan itu dijalankan ke atas mereka yang tinggal di Portugal pada Disember 2021.

Bagaimanapun, para penyelidik memberi amaran bahawa Omicron mempunyai keupayaan yang lebih besar menentang vaksinasi serta menjadikannya sangat mudah merebak dan ini menjelaskan angka kes jangkitan yang tinggi.

Portugal mencatatkan lebih 47,199 kes baru COVID-19 dan 50 lagi korban dalam tempoh 24 jam lalu. Angka korban nyawa akibat COVID-19 di negara itu sejak tercetusnya pandemik adalah 20,127 orang.
 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita