Risiko enjin terbakar dorong Kia tarik balik 295,000 kereta di AS
Kia Motors Corp menyatakan pada Sabtu (6 Dis) bahawa ia sedang menarik balik 295,000 kenderaan di Amerika Syarikat disebabkan oleh enjin yang berisiko terbakar.
Kia Forte 2014 (Gambar: Reuters)
WASHINGTON: Kia Motors Corp menyatakan pada Sabtu (6 Dis) bahawa ia sedang menarik balik 295,000 kenderaan di Amerika Syarikat disebabkan oleh enjin yang berisiko terbakar.
Menurut pembuat kereta dari Korea itu, ia akan menjejas sebilangan model Sorento tahun 2012-2013, Forte dan Forte Koup 2012-2015 , Optima Hybrid 2011-2013, Soul 2014-2015 dan Sportage 2012 dan kebakaran boleh berlaku pada bahagian kompartmen enjin semasa sedang memandu.
Para peniaga kereta akan memeriksa kompartmen enjin untuk mengesan kebocoran minyak, menjalankan ujian enjin dan melakukan kerja pembaikan termasuk menukar enjin, jika perlu. Buat masa ini Kia sedang membangunkan kemas kini bagi sofwe Sistem Pengesanan Sensor Langgar(Knock Sensor Detection System).
Minggu lalu, Kia dan syarikat gabungannya Hyundai Motor Co bersetuju untuk membayar denda bernilai AS$210 juta (S$280.31 juta) selepas para pengawal selia keselamatan kenderaan mendapati syarikat itu gagal menarik balik tepat pada masanya 1.6 juta kenderaan yang dipercayai mengalami masalah enjin.
Pengilang kereta dari Korea itu bersetuju untuk mematuhi perintah itu selepas Jabatan Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Amerika Syarikat (NHTSA) mendapati pengilang kereta itu melaporkan beberapa maklumat tidak tepat kepada agensi berkenaan berhubung keputusan untuk menarik balik kenderaan buatan syarikat tersebut.
Denda yang dikenakan terhadap Kia berjumlah AS$70 juta (S$93.44 juta), termasuk bayaran pendahuluan AS$27 juta (S$36.04 juta), syarat untuk membelanjakan AS$16 juta (S$21.36 juta) bagi langkah-langkah keselamatan tertentu, dan mungkin lagi AS$27 juta (S$36.04 juta) denda tertangguh.
Bayaran itu meliputi notis tarik balik pada 2015 dan 2017 untuk masalah pembuatan yang boleh menyebabkan kerosakan dan kerosakan enjin.
Bagi perintah tarik balik terkini, NHTSA melancarkan siasatan pada 2019 untuk menyiasat kebakaran yang bukan disebabkan oleh kejadian langgar pada kereta-kereta Kia dan Hyundai. Pada Julai lalu, agensi itu menyarankan agar Kia menarik balik sesetengah model dengan kadar aduan kebakaran yang lebih tinggi.
Kia menyatakan berdasarkan saranan NHTSA, ia membuat keputusan untuk menarik balik sesetengah kereta Kia sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung sebarang risiko kebakaran.
Hyundai pada Jumaat (4 Dis) menarik balik 129,000 kereta di Amereka disebabkan oleh galas rod penyambung yang mungkin rosak lebih cepat, dan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan enjin dan meningkatkan risiko berlaku kebakaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.