Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rishi Sunak peroleh sokongan tertinggi sebagai calon PM UK

Anggaran Waktu Membaca:
Rishi Sunak peroleh sokongan tertinggi sebagai calon PM UK

(Gambar fail: Niklas Halle'n/AFP)

Diterbitkan : 14 Jul 2022 11:09AM Dikemas Kini : 14 Jul 2022 12:38PM

LONDON: Bekas Menteri Kewangan United Kingdom (UK) Rishi Sunak meraih sokongan tertinggi daripada kalangan Ahli Parlimen Konservatif sebagai calon menggantikan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri, lapor Reuters.

Dalam undian pertama, dua lagi calon Nadhim Zahawi dan bekas Menteri Luar, Jeremy Hunt disingkirkan selepas gagal peroleh 30 undi minimum.

Encik Sunak yang bertanggungjawab di atas pengunduran Johnson memperoleh 88 undian.

Dua lagi calon ialah Menteri Perdagangan, Penny Mordaunt yang menerima 67 undi, sementara Menteri Luar, Liz Truss, 50 undi.

Turut kekal dalam persaingan bagi jawatan nombor satu itu adalah bekas Menteri Kabinet dan Peguam Negara, Suella Braverman, serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara, Tom Tugendhat.

Pengundian kedua berlangsung pada Khamis (14 Jul) sementara pusingan akhir pengundian adalah pada 21 Julai ini.

Perdana Menteri UK yang baru dijangka diumumkan pada 5 September ini.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan