Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rishi Sunak dipilih jadi PM Britain: Siapa beliau dan apa yang anda perlu tahu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri ke-57 United Kingdom, Rishi Sunak dilantik secara rasmi oleh Raja Charles III pada Selasa (25 Okt).

Beliau adalah Perdana Menteri keturunan dari India pertama Britain dan penganut Hindu pertama yang memegang jawatan itu.

Beliau juga PM yang paling kaya - lebih kaya daripada Raja Charles.

Berapa usia Rishi Sunak dan apakah latar belakangnya?

ANAK PENDATANG INDIA

Dilahirkan pada 12 Mei 1980, PM Sunak kini berusia 42 tahun.

Beliau menjadi Anggota Parlimen sejak 2015 mewakili kawasan Richmond dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara kepada Perbendaharaan dan Canselor Perbendaharaan ketika Boris Johnson menjadi Perdana Menteri.

Sebagai Canselor semasa pandemik COVID-19, antara pencapaian beliau yang paling diiktiraf ialah skim cuti dan program 'Eat Out To Help Out'.

Selepas tamat pengajian, Encik Sunak bekerja di bank pelaburan Goldman Sachs sebelum berpindah ke pengurusan dana lindung nilai dan menjadi rakan kongsi dalam Pengurusan Dana Pelaburan Kanak-kanak.

Ketika berusia 29 tahun, beliau membantu dalam menubuhkan firma pelaburan swasta, Theleme Partners sebelum bekerja dengan bapa mertuanya, yang juga jutawan N R Narayana Murthy, sebagai Pengarah Catamaran Ventures.

DI MANAKAH RISHI SUNAK BERASAL DAN DI MANA BELIAU MENETAP?

Encik Sunak dilahirkan di Southampton kepada ibu bapa berketurunan India yang berhijrah ke Britain dari Afrika Timur pada 1960-an.

Ibu bapanya beragama Hindu dan berketurunan Punjabi, bapanya ialah Yashvir dan ibunya Usha.

Encik Yashvir dilahirkan dan dibesarkan di Kenya dan bekerja sebagai doktor di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), manakala ibunya dilahirkan di Tanzania dan menguruskan farmasi miliknya.

Encik Sunak adalah anak sulung daripada tiga beradik.

SIAPAKAH ISTERI DAN ANAK RISHI SUNAK?

Encik Sunak berkahwin dengan Akshata Murthy, pada 2009 di mana majlis perkahwinan mereka diadakan di Bangalore selama dua hari.

Isterinya menguruskan label fesyennya sendiri, Akshata Designs, dan juga pengarah firma modal usaha niaga yang diasaskan bapanya.

Cik Akshata ialah anak kepada jutawan N.R. Narayana Murty, iaitu pengasas bersama syarikat teknologi maklumat (IT), Infosys.

Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan iaitu Krishna dan Anoushka.

Encik Sunak dan isterinya Akshata Murthy dianggarkan mmepunyai kekayaan bernilai sekitar £730 juta - (S$1.19 bilion) kira-kira dua kali ganda kekayaan peribadi Raja Charles.

Mereka juga mempunyai beberapa rumah termasuk di Kensington, Yorkshire Utara, Santa Monica, California, dan sebuah flat di tengah London.

APAKAH DASAR RISHI SUNAK DAN APA YANG DISOKONGNYA?

Ketika Encik Sunak bertanding bagi merebut jawatan Perdana Menteri dengan Liz Truss berikutan pengunduran Boris Johnson, beliau memfokuskan terhadap imigresen dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebagai keutamaan agendanya. Namun kini Encik Sunak mempunyai lebih banyak krisis kewangan di tangannya.

Beliau komited dengan skim Rwanda UK dan memberi bayangan untuk melaksanakan skim itu di negara lain.

Beliau uga memperjuangkan berhubung penghijrahan dengan dasar luar di mana negara yang bekerjasama dengan UK bagi membenarkan migran pulang akan diberi ganjaran dengan bantuan, perdagangan dan visa.

POLITIK

PM baru Britain itu perlu menangani pelbagai krisis ekonomi dan politik sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran.

Beliau ditugaskan untuk memimpin negara yang berdepan cabaran kemelesetan ekonomi sehingga menyebabkan jutaan rakyatnya menjadi lebih miskin.

Encik Sunak menggantikan Liz Truss yang berundur selepas hanya enam minggu memegang jawatan Perdana Menteri berikutan pelan ekonominya menggugat pasaran kewangan dan menaikkan kos sara hidup pengundi.

Selepas dipilih sebagai Perdana Menteri, Sunak memberitahu negara itu menghadapi 'cabaran ekonomi yang mendalam' berkata "Kita kini memerlukan kestabilan dan perpaduan, dan keutamaan saya adalah untuk membawa parti dan negara kita bersama," katanya.

Encik Sunak ialah "peminat Star Wars yang besar" yang mengaku sendiri dengan koleksi lightsabers yang cukup besar.

Pada 2016, dia dilaporkan memberitahu sekumpulan pelajar sekolah bahawa dia pada asalnya mahu menjadi Jedi Knight apabila dia dewasa.

Pada tayangan filem The Rise of Skywalker pada 2019, dia menulis tweet foto dirinya dan yang digelarnya sebagai "Jedi Master" - bekas ketua dan canselor terdahulu Sajid Javid.

PEMINAT COKE, STAR WARS

Encik Sunak ialah "peminat setia Star Wars" dengan koleksi pedang 'lightsabers' yang cukup besar.

Pada 2016, beliau dilaporkan memberitahu sekumpulan pelajar bahawa pada asalnya beliau bercita-cita menjadi Jedi Knight apabila dewasa.

Semasa tayangan filem The Rise of Skywalker pada 2019, beliau memuat naik tweet foto dirinya bersama mantan ketua dan canselor ketika itu, Sajid Javid, yang digelarnya sebagai "Jedi Master".

Encik Sunak juga menggelarkan dirinya sebagai "penagih Coca-Cola" dan pernah dirakam kamera cuba membayar setin minuman bergas itu dengan mengimbas kad banknya pada pembaca kod bar.

Menurut akhbar The Guardian, beliau kemudian mengakui, perlu diajar cara menggunakan kad tanpa sentuh itu.
Sumber : CNA/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan