Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rishi Sunak bakal jadi PM baru Britain, pemimpin paling muda dalam lebih 200 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Rishi Sunak bakal jadi PM baru Britain, pemimpin paling muda dalam lebih 200 tahun

Rishi Sunak dilihat di London pada 23 Oktober 2022. (Gambar: AFP/Daniel Leal)

Diterbitkan : 24 Oct 2022 09:45PM Dikemas Kini : 24 Oct 2022 11:06PM
LONDON: Anggota parti Konservatif, Rishi Sunak bakal menjadi Perdana Menteri Britain selepas pesaingnya, Penny Mordaunt menarik diri daripada persaingan untuk menyandang jawatan kepimpinan negara itu pada Isnin (24 Okt).

Mantan Menteri Kewangan Britain berumur 42 tahun itu adalah Perdana Menteri Britain yang ketiga dalam masa kurang dua bulan. Beliau juga menjadi pemimpin pertama negara itu,yang tidak berkulit putih.

Hanya beberapa minggu selepas gagal dalam percubaan pertama untuk memimpin Tories, Encik Sunak menggantikan Liz Truss yang terpaksa meletak jawatan selepas beliau melancarkan program ekonomi yang mencetuskan kegawatan dalam pasaran kewangan.

Persaingan kepimpinan itu memerlukan calon yang mendapat sokongan sekurang-kurangnya daripada 100 Anggota Parlimen Konservatif menjelang pukul 2.00 petang waktu tempatan pada Isnin (24 Okt).

Encik Sunak berjaya meraih sokongan mengjangkaui jumlah tersebut pada Jumaat malam (21 Okt) sebelum mengisytiharkan pencalonannya pada Ahad (23 Okt) dan mengumpulkan hampir 200 pencalonan awam daripada para penggubal undang-undang Tory.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan