Ribut tropika Pabuk semakin menjauhi perairan M'sia
Jabatan Meteorologi Malaysia menamatkan amaran ribut tropika Pabuk hari ini (5 Jan) setelah kedudukan ribut tropika berkenaan dilihat semakin menjauhi perairan Malaysia dan tidak lagi memberi ancaman kepada negara itu.

Kedudukan ribut tropika berkenaan semakin menjauhi perairan Malaysia dan tidak lagi memberi ancaman. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia menamatkan amaran ribut tropika Pabuk hari ini (5 Jan) setelah kedudukan ribut tropika berkenaan dilihat semakin menjauhi perairan Malaysia dan tidak lagi memberi ancaman kepada negara itu.
Ketua Pengarahnya, Alui Bahari, berkata ribut tropika itu kini berada di kedudukan 8.9°U 98.2°T dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam (kmsj) ke arah barat laut, menuju ke Teluk Benggala.
"Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter di kawasan perairan Phuket," katanya dalam satu kenyataan hari ini (5 Jan).
Encik Alui berkata jarak ribut itu dari bandar Arau, Perlis adalah 362 kilometer dan 345 kilometer dari Langkawi, Kedah.
Menurut beliau, kenyataan yang dimuat naik ke laman web Jabatan Meteorologi Malaysia itu merupakan makluman terakhir mengenai ribut tropika Pabuk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.