Ribut tropika Megi bakal melanda perairan Sabah: MetMalaysia

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini (10 Apr) mengeluarkan nasihat ribut tropika Megi yang boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 11.00 pagi tadi, Ribut Tropika itu dikesan di kedudukan Latitud 10.7 Utara dan Longitud 125.6 Timur, kira-kira 101 kilometer ke Timur Laut Surigao City, Filipina.
Ribut dengan pergerakan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam tersebut berada kira-kira 985 kilometer ke Timur Laut Sandakan, Sabah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.