Ribut salji mengganas di barat tengah AS; sekurang-kurangnya 2 maut
Sekurang-kurangnya dua orang mati apabila ribut salji mengganas di barat tengah negara itu.
AMERIKA SYARIKAT: Sekurang-kurangnya dua orang mati apabila ribut salji mengganas di barat tengah negara itu.
Bandar Chicago antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan timbunan salji 23 sentimeter.
Wisconsin, utara Illinois dan Michigan turut ditimpa bencana.
Banyak sekolah terpaksa ditutup sedang jalan-jalan raya yang licin menyebabkan banyak kemalangan kenderaan.
Lebih 1,500 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang Detroit dan Chicago.
Salji tebal terus dijangkakan sepajang hujung minggu ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.