Skip to main content

Dunia

Ribut salji landa Turki; 3 maut sejauh ini

Anggaran Waktu Membaca:
Ribut salji landa Turki; 3 maut sejauh ini

Kereta-kereta terkandas di jalan raya di Istanbul pada 24 Januari 2022. (Gambar: Yasin Akgul/AFP)

ISTANBUL: Ribut salji membadai Turki selepas pihak berkuasa meteorologi negara itu memberi amaran bencana salji yang dahsyat.

Dengan taburan yang semakin menebal, penduduk negara itu berdepan gangguan untuk melakukan perjalanan, sekali gus menjadi peluang untuk rakyat Turki menikmati percutian musim sejuk.

Istanbul dilanda ribut salji kuat yang bermula pada lewat Ahad (23 Jan) menyebabkan bahagian tinggi metropolis Turki diselaputi dengan lapisan salji mencapai kedalaman 40 sentimeter.

Meskipun pihak berkuasa tempatan sedang giat membersihkan laluan-laluan utama, beberapa nahas jalan raya tetap berlaku.

Baru-baru ini, tiga orang disahkan maut dalam nahas melibatkan sebuah bas di utara Istanbul, manakala lagi 18 cedera selepas bas yang dinaiki mereka merempuh parit apabila kenderaan hilang kawalan.

Disebabkan risiko tersebut, Pejabat Gabenor Istanbul menggantung penggunaan motosikal untuk rangkaian restoran atau pasar dan juga khidmat penghantaran sehingga diberitahu selanjutnya. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita