Ribut salji jejas penerbangan Lapangan Terbang Jeju
Salji lebat, angin kencang dan ricih angin menjejaskan penerbangan keluar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju. (Gambar: Agensi berita melalui BERNAMA)
Setakat pukul 3.00 petang, 102 penerbangan keberangkatan domestik, 121 penerbangan ketibaan domestik dan 16 penerbangan antarabangsa yang dijadualkan mendarat atau berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju telah dibatalkan, menurut pegawai lapangan terbang.
Selain itu, 25 ketibaan domestik, 21 keberangkatan domestik dan satu penerbangan antarabangsa mengalami kelengahan, dengan kira-kira 15,000 pelancong terkandas di pulau itu akibat gangguan penerbangan.
Korean Air membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Jeju bermula pukul 10.00 pagi.
Dengan amaran angin kencang dikeluarkan untuk Lapangan Terbang Jeju, ribut salji sekali-sekala menyebabkan gangguan terhadap operasi lapangan terbang, menurut para pegawai.
Mereka turut menjelaskan bahawa pembatalan penerbangan disebabkan oleh salji lebat di lapangan terbang wilayah lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.