Ribut rosakkan tempat perlindungan di Gaza, akses bantuan masih disekat: UNRWA
Ribut kuat, angin kencang dan hujan memusnahkan khemah sementara di seluruh Carikan Gaza, sekali gus memburukkan lagi keadaan tempat perlindungan bagi ratusan ribu keluarga yang dipindahkan ketika musim sejuk bermula, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Tengah (UNRWA).
Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Ribut kuat, angin kencang dan hujan memusnahkan khemah sementara di seluruh Carikan Gaza, sekali gus memburukkan lagi keadaan tempat perlindungan bagi ratusan ribu keluarga yang dipindahkan ketika musim sejuk bermula, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Tengah (UNRWA).
Pada masa yang sama, pihak berkuasa Israel terus menghalang UNRWA daripada membawa masuk bantuan secara langsung ke Gaza, termasuk bekalan tempat perlindungan yang diperlukan oleh ratusan ribu penduduk yang terjejas akibat cuaca buruk, menurut agensi tersebut dalam satu catatan di platform media sosial X pada Rabu (31 Dis).
“Khemah dan kanvas perlindungan amat diperlukan,” menurut UNRWA, sedang keluarga berdepan pendedahan kepada keadaan cuaca buruk.
Agensi itu menggesa agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza tanpa sebarang halangan.
UNRWA ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB lebih 70 tahun lalu untuk membantu rakyat Palestin yang dipaksa meninggalkan tanah air mereka.
Perjanjian gencatan senjata pada 10 Oktober menghentikan serangan Israel selama dua tahun yang mengorbankan lebih 71,200 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 171,200 yang lain sejak Oktober 2023. Serangan tersebut juga menyebabkan wilayah itu musnah.
Namun, walaupun gencatan senjata sedang berkuat kuasa, serangan maut Israel ke atas Gaza masih berterusan.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sejak gencatan senjata, sekurang-kurangnya 414 orang terbunuh dan lebih 1,100 lagi cedera.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.