Ribut petir diramal landa banyak kawasan Saudi hingga 30 Mei

(Gambar: SPA)
RIYADH: Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi memberi amaran cuaca tidak menentu di kebanyakan wilayah negara itu mulai Jumaat (26 Mei) hingga Selasa (30 Mei).
Ribut sederhana hingga lebat berserta hujan batu dan angin kencang yang menyebabkan debu dan hujan, diramalkan di Asir, Al-Baha, Makkah, Jazan dan Tabuk mulai Jumaat malam. Keadaan diramal bertambah teruk antara Ahad (28 Mei) hingga Selasa, lapor Saudi Gazette.
Al-Jouf dan Sempadan Utara turut terjejas keadaan cuaca tidak menentu pada Sabtu (27 Mei) dan bertambak teruk pada Isnin (29 Mei) dan Selasa, menurut NCM.
Ribut petir dan angin kencang dengan kelajuan melebihi 50 kilometer sejam diramal melanda Riyadh, Al-Qassim, Hail, Najran dan sebahagian Makkah dan Madinah mulai Jumaat. Cuaca akan bertambah buruk pada Isnin dan Selasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.