Ribut petir diramal landa banyak kawasan Saudi dalam beberapa hari akan datang

(Gambar: SPA)
JEDDAH: Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) mengeluarkan amaran ribut petir yang berpotensi menyebabkan hujan yang mencurah-curah dan hujan batu di banyak kawasan di Arab Saudi dalam masa beberapa hari akan datang.
Keadaan cuaca tidak menentu diramalkan bagi banyak kawasan di Arab Saudi antara Sabtu (4 Mac) hingga Rabu (8 Mac), menurut laporan Saudi Gazette, yang menukil NCM.
Menurut ramalan NCM, daerah Asir, Jazan, Al-Baha dan Makkah akan menyaksikan ribut petir sederhana hingga lebat antara Sabtu hingga Rabu.
Dalam pada itu, kawasan Madinah, Al-Jouf, Sempadan Utara dan Hail akan menyaksikan ribut petir sederhana hingga lebat antara lewat petang Ahad (5 Mac) hingga Rabu dan keadaan cuaca ini akan menjejas Qassim dan kawasan-kawasan di bahagian timur pada Rabu.
Pusat itu menyatakan, Makkah diramal akan menyaksikan ribut petir ringan hingga sederhana pada Sabtu dan Ahad dan mungkin menjejas Tabuk pada Ahad dan Isnin, manakala kebanyakan kawasan di Arab Saudi akan menyaksikan suhu meningkat antara Sabtu hingga Selasa (7 Mac).
Menurut ramalan pusat berkenaan, kawasan Tabuk, Al-Jouf, Sempadan Utara, Hail, Al-Qassim, Madinah, kawasan barat Riyadh dan kawasan timur Makkah, Al-Baha dan Asir akan dilanda ribut pasir antara Sabtu hingga Selasa, lapor Saudi Gazette.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.