Ribut petir diramal di banyak kawasan Arab Saudi hingga 27 Apr

(Gambar: SPA)
JEDDAH: Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi pada Ahad (23 Apr) meramalkan kejadian ribut petir dan hujan berlarutan di kebanyakan wilayah Arab Saudi dari Isnin (24 Apr) hingga Khamis.
Wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Makkah, Najran, Al-Qassim, Riyadh dan Hail akan terjejas oleh angin kencang dengan kelajuan melebihi 55 kilometer sejam, menyebabkan debu, lapor Saudi Gazette.
NCM juga menjangkakan hujan sederhana hingga lebat dan hujan batu berlaku di
wilayah-wilayah tersebut .
Keadaan itu akan turut menjejas kawasan Tabuk pada Isnin dan Madinah pada Isnin dan Selasa (25 Apr).
Kawasan timur, Makkah, Tabuk, Al-Jouf dan Sempadan Utara pula akan mengalami angin kencang, hujan batu dan ribut petir sederhana.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.