Ribut petir dijangka mulai Ahad hingga hari mengundi PRU15
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berlaku di kebanyakan tempat pedalaman dan barat Semenanjung Malaysia, Sarawak serta barat Sabah bermula 13 hingga 19 November, iaitu pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Berdasarkan analisis model-model cuaca, MetMalaysia menjangkakan fenomena cuaca itu berlaku pada sebelah petang hingga malam sepanjang tempoh tersebut, lapor Astro Awani.
Pada Jumaat (11 Nov), pakar meteorologi Prof Dr Azizan Abu Samah berkata, tempoh tiga hari mulai Sabtu hingga Isnin amat penting bagi meramalkan keadaan cuaca semasa hari pengundian PRU15.
“Luruan angin timuran masih ada, tetapi yang menarik ialah terdapat tekanan rendah di bahagian selatan negara iaitu berhampiran Johor. Ini menunjukkan negara kita mempunyai semua elemen yang merangsangkan hujan,” katanya dalam program Malaysia Memilih pada Sabtu (12 Nov), lapor Astro Awani.
Sebelum ini, MetMalaysia meramalkan Monsun Timur Laut mula melanda negara itu pada pertengahan November dan berterusan sehingga Mac depan.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak untuk menangguhkan PRU15 jika banjir besar berlaku dan perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan mendesak.
Bagaimanapun, ujarnya lagi, persediaan sudah dilakukan lebih awal melibatkan semua agensi sebelum pembubaran Parlimen, menurut Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.