Skip to main content

Dunia

Ribut petir dijangka landa sesetengah negeri di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Ribut petir dijangka landa sesetengah negeri di M'sia

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 26 Aug 2022 08:50PM Dikemas Kini : 26 Aug 2022 08:51PM
KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat (26 Ogos) mengeluarkan amaran cuaca ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di Malaysia bermula pukul 9.00 malam ini.

Demikian menurut agensi berita Astro AWANI.

Antara negeri yang dijangka terkesan terdiri daripada Perak (Kuala Kangsar, Kinta), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang) dan Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang).

Selain itu, antara kawasan lain yang turut terjejas adalah Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis), Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis), Miri (Subis, Beluru, Miri, dan Marudi) serta Limbang.

Perkongsian itu dimuat naik MetMalaysia ke platform Twitter, menurut Astro AWANI.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai di Malaysia supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi berdepan sebarang kemungkinan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita