Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribut Megi di Filipina ragut 167 nyawa; 110 lagi masih hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Ribut Megi di Filipina ragut 167 nyawa; 110 lagi masih hilang

(Gambar: Philippine Coast Guard (PCG)/AFP)

MANILA: Angka korban akibat tanah runtuh dan banjir di Filipina yang dicetuskan ribut tropika Megi meningkat kepada 167, manakala 110 lagi masih hilang. Demikian menurut Majlis Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan pada Sabtu (16 Apr). 

Hujan lebat melanda wilayah tengah dan selatan Filipina, mengakibatkan banjir serta tanah runtuh di beberapa perkampungan di bandar Baybay dan bandar Abuyog di wilayah Leyte, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pada Jumaat (15 Apr), Presiden Filipina Rodrigo Duterte melawat wilayah yang terjejas dan menyerahkan bantuan kepada mangsa terselamat.

Filipina adalah antara negara paling terdedah kepada bencana alam di dunia, terutamanya kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik dan Taufan Pasifik.

Secara purata, negara itu mengalami 20 ribut taufan setiap tahun.

Megi adalah ribut pertama yang melanda negara Asia Tenggara itu pada tahun ini.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan