Skip to main content

Dunia

Ribut di selatan Brazil ragut dua nyawa, 1,600 rumah musnah

Anggaran Waktu Membaca:
Ribut di selatan Brazil ragut dua nyawa, 1,600 rumah musnah

Seorang askar pengawal presiden berdiri di Istana Planalto ketika bendera Brazil berkibar di Brasilia, Brazil pada 31 Julai 2025. (Gambar: REUTERS/Adriano Machado)

Diterbitkan : 30 Aug 2026 07:59PM Dikemas Kini : 30 Aug 2026 08:00PM
  • Ribut dan hujan batu melanda negeri Rio Grande do Sul, Brazil, menyebabkan sekurang-kurangnya dua kematian dan merosakkan lebih 1,600 rumah.
  • Antara mangsa ialah seorang kanak-kanak di Porto Alegre dan seorang lelaki di Arroio Grande, yang maut akibat pokok tumbang dan banjir.
  • Tres Palmeiras paling teruk terjejas, manakala Quarai mengisytiharkan darurat selepas ratusan rumah rosak; amaran merah dikeluarkan di Canela dan Gramado.
  • Pertahanan Awam negeri mengaitkan kejadian ini dengan cuaca ekstrem El Nino, dan Rio Grande do Sul masih berjaga-jaga selepas bencana iklim besar pada 2024.
Dijana oleh AI
SAO PAULO: Ribut dan hujan batu mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa serta merosakkan lebih 1,600 rumah di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil, menurut Pertahanan Awam negeri itu pada Sabtu (29 Ogos), lapor Xinhua.

Mangsa termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang maut dihempap pokok tumbang di Porto Alegre, timur negeri itu, serta seorang lelaki berusia 72 tahun yang kenderaannya dihanyutkan arus banjir di Arroio Grande di selatan.

Ribut itu melanda 21 perbandaran antara malam Jumaat dengan pagi Sabtu.

Tres Palmeiras di utara merupakan kawasan paling teruk terjejas, dengan kira-kira 1,000 rumah rosak. 

Di Quarai, pihak berkuasa mengisytiharkan darurat selepas hujan batu merosakkan 349 rumah.

Di wilayah Serra Gaucha di timur laut, hujan batu merosakkan 197 rumah di Canela, manakala pihak Pertahanan Awam mengeluarkan amaran merah kepada penduduk dan pelancong di Canela serta Gramado.

Rio Grande do Sul masih berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan cuaca ekstrem yang dikaitkan dengan El Nino. 

Pada 2024, negeri itu mengalami antara bencana iklim terburuk di Brazil apabila banjir menjejaskan hampir 90 peratus wilayahnya dan mengorbankan lebih 180 orang.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita