Ribut di New Zealand jejas penerbangan, bekalan elektrik
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Hujan lebat dan angin kencang menjejas penerbangan, khidmat kereta api dan feri, serta memaksa penutupan jalan raya di sebahagian besar North Island New Zealand pada Isnin (16 Feb).
Keadaan cuaca itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus bagi beribu-ribu penduduk.
Media tempatan melaporkan beberapa penerbangan sudah disambung semula pada petang itu dari lapangan terbang di ibu negara Wellington.
Ini meskipun masih banyak pembatalan berlaku selepas kebanyakan penerbangan pada waktu pagi terjejas, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.
Air New Zealand menyatakan bahawa ia berharap dapat menyambung semula perkhidmatan apabila keadaan bertambah baik pada Isnin, selepas ia menghentikan operasi di lapangan terbang Wellington, Napier dan Palmerston North.
Gambar online menunjukkan kawasan kejiranan sekitar luar bandar yang ditenggelami air, pokok-pokok tumbang di atas kenderaan dan bahagian jalan raya yang runtuh selepas air surut.
Wilayah Wellington membentuk lebih separuh daripada 852 panggilan kecemasan yang diterima semalaman, kata Ken Cooper, penolong komandan nasional perkhidmatan kecemasan.
Lebih 30,000 hartanah mengalami gangguan pada bekalan elektrik, termasuk sekitar 10,000 pelanggan di Wellington, kata pihak berkuasa, yang menggesa pemandu untuk tidak menggunakan jalan raya.
Beberapa sekolah turut ditutup semasa kru kecemasan menangani kerosakan meluas.
Ribut itu diramalkan akan membawa hujan lebat apabila ia menuju ke pantai timur South Island pada Selasa, menurut biro cuaca, dengan pihak berkuasa memberi amaran tentang gangguan selanjutnya.
Ribut itu berlaku menyusuli tanah runtuh yang meragut enam nyawa, yang dicetuskan oleh hujan lebat di Mount Maunganui di pantai timur North Island.

Sumber : Reuters/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.