Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribut debu landa Jeddah & sebahagian Makkah; jejas teruk daya penglihatan

Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Kawasan Jeddah dan beberapa lagi kawasan di Makkah menyaksikan ribut debu menjejas teruk daya penglihatan di kawasan-kawasan itu pada Selasa (11 Apr).

Ramai pengguna jalan raya terpaksa berhenti memandu kerana daya penglihatan terjejas.

Jeddah dan beberapa kawasan lain di Makkah turut mengalami ribut debu pada Isnin (10 Apr).

Suhu meningkat di Makkah dan Jeddah pada Selasa, mencecah 37 darjah Celsius di Jeddah dan 36 darjah Celsius di Makkah.

Sementara itu, suhu menurun di beberapa kawasan di Sempadan Utara dan Al-Jouf, lapor Saudi Gazette.

Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi mengesahkan dalam ramalannya, ribut petir sederhana hingga lebat, diiringi dengan ribut debu dan hujan batu yang menyebabkan hujan turun mencurah-curah, akan berterusan di sebahagian Makkah, Madinah, Tabuk, Al-Qassim, Hail, Al-Jouf dan Sempadan Utara.

Menurut ramalan NCM yang dipetik Saudi Gazette, hujan sederhana akan disaksikan di beberapa kawasaan di Najran, Jazan, Asir, Al-Baha, Riyadh dan Wilayah Timur.

Dalam pada itu, pihak berkuasa kesihatan di Jeddah mengeluarkan beberapa peraturan kesihatan yang harus dipatuhi sewaktu ribut debu.

Kementerian Kesihatan itu turut menekankan, pintu dan tingkap harus ditutup untuk mengelak pendedahan kepada debu dan memakai pelitup penapis udara, yang harus kerap ditukar.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan