Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribut Agnes badai Britain; cetus banjir dan bekalan elektrik terputus

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Ribut Agnes yang melanda Britain mencetuskan banjir dan menyebabkan bekalan elektrik terputus selepas ribut itu membadai Ireland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ribut pertama musim ini dengan kelajuan angin yang mencecah 127 kilometer sejam membadai Capel Curig, sebuah kampung di Wales, pada Rabu (27 Sep).

Angin kencang turut membadai Aberdaron di Wales, Glenanne di Ireland Utara dan Camborne di Cornwall.

Ribut Agnes turut mencetuskan siri amaran cuaca tahap kuning, dengan angin kencang dan laut bergelora dijangkakan di seluruh Britain.

Seorang wanita terpaksa diselamatkan apabila keretanya terperangkap dalam banjir di County Londonderry, Ireland Utara.

Sebuah pesawat easyJet tidak dapat mendarat di Belfast disebabkan oleh angin kuat, menurut syarikat penerbangan itu kepada Belfast Telegraph.

Kira-kira 135 hartanah di Isles of Scilly, di barat daya England, mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut National Grid.

Pakar meteorologi,Dan Stroud, memberitahu agensi berita PA bahawa angin kencang diramal mula reda di England dan Wales.

"Kami menjangkakan kemuncak Ribut Agnes akan beransur reda dalam tempoh semalaman."

Ribut Agnes bermula di Ireland, menyaksikan banjir dan gangguan lalu lintas, dengan pokok tumbang menghalang jalan raya, selain menjejas penerbangan serta perkhidmatan feri.
Sumber : Bernama/AW/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan