Ribuan warga Korea Selatan tunjuk perasaan sedang Presiden Yoon enggan kerjasama
Encik Yoon menentang penahanan dalam perselisihan antara pengawalnya dan penyiasat minggu lalu, selepasa percubaannya untuk merampas kuasa pada 3 Disember gagal, dan menyebabkan Korea Selatan terjerumus ke dalam krisis politik terburuk dalam beberapa dekad.
Penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Encik Yoon dijadualkan berkumpul pada Sabtu, sama ada untuk menggesa pihak berkuasa memberkasnya atau membatalkan pemencatannya yang tidak sah.
Encik Yoon berdepan tuduhan jenayah melakukan pemberontakan, salah satu daripada beberapa jenayah yang tidak tertakluk kepada kekebalan presiden.
Ini bermakna Encik Yoon boleh dijatuhkan hukuman penjara atau hukuman mati.
Jika waran tersebut dilaksanakan, Encik Yoon akan menjadi presiden Korea Selatan pertama untuk diberkas.
Ketua keselamatan Encik Yoon meletak jawatan pada Jumaat (10 Jan) ketika disoal siasat mengapa pengawalnya menghalang Encik Yoon daripada diberkas, pada hari yang memaksa penyiasat turun daripada pagar atas kebimbangan keselamatan.
Pengawal perkhidmatan keselamatan presiden termasuk tentera melindungi Encik Yoon daripada penyiasat selama enam jam.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.