Skip to main content

Dunia

Ribuan tunjuk perasaan di Eropah bantah sekatan lebih ketat COVID-19 semasa musim perayaan

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan tunjuk perasaan di Eropah bantah sekatan lebih ketat COVID-19 semasa musim perayaan

Gambar Fail : GuyBell/Rex/Shuttershock

Diterbitkan : 20 Dec 2021 09:44PM

EROPAH: Sekatan yang lebih ketat di beberapa negara Eropah menjelang musim perayaan hujung tahun ini, mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk.

Di bandar Brussels, misalnya, ribuan penunjuk perasaan mengadakan perarakan pada Ahad (19 Dis) buat kali ketiga bagi membantah mandat vaksin.

Penunjuk perasaan, yang datang membawa sepanduk tertera “zon bebas,” “saya sudah mendapat dos yang cukup” dan “cukup-cukup sudah”, turun padang untuk membantah nasihat pemerintah supaya rakyat mengambil suntikan vaksin. Ini termasuk pegawai kesihatan Belgian yang diberikan tempoh tiga bulan untuk mengambil suntikan vaksin tersebut bermula 1 Januari atau dibuang kerja.

Polis dan kawalan pencegahan dikerahkan ke perarakan tersebut dan tunjuk perasaan yang damai itu bertukar menjadi ganas. Tetapi, hanya 13 tangkapan dibuat atas kesalahan "pemberontakan dan memiliki barang terlarang," menurut jurucakap polis, Ilse Van de Keere.

Pada Ahad (19 Dis) juga, suruhanjaya Eropah yang berpangkalan di Brussels bersetuju dengan Pfizer-BioNTech untuk mempercepat penghantaran vaksin yang akan bermula dalam masa beberapa minggu.
Gergasi farmaseutikal itu akan menghantar 20 juta vaksin tambahan mulai bulan Januari hingga Mac kepada 27 persatuan bangsa-bangsa Eropah.

Perarakan di Belgium itu diadakan sehari selepas perarakan yang sama di ibu kota Eropah seperti Paris dan London kerana penduduk membantah sekatan-sekatan, khususnya rancangan pemerintah untuk memperkenalkan pas vaksin dan mewajibkan suntikan vaksin.

Jumlah kes COVID-19 di ibu kota Belgium itu melonjak sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali gus menyebabkan pemerintah menguatkuasakan semula sekatan untuk membendung penularan varian Omicron di negara itu. Belanda pula bakal menutup seluruh negara.

Sumber : BERITA Mediacorp/AP/FA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita