Ribuan tunjuk perasaan di Athens, bantah perjanjian dengan Macedonia
Puluhan ribu penduduk di bandar Athens, Greece, mengadakan tunjuk perasaan terhadap satu perjanjian yang diadakan dengan Macedonia.
Puluhan ribu penduduk di bandar Athens mengadakan tunjuk perasaan terhadap satu perjanjian yang diadakan dengan Macedonia. (Gambar: Louisa Gouliamaki/AFP)
ATHENS: Puluhan ribu penduduk di bandar Athens, Greece, mengadakan tunjuk perasaan terhadap satu perjanjian yang diadakan dengan Macedonia.
Tunjuk perasaan itu bertukar ganas apabila para pemberontak yang memakai topeng mula melontar kayu, batu dan bom minyak ke arah polis yang sedang mengawal pintu masuk parlimen.
Polis Greece membalas dengan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai. 25 pegawai polis cedera dalam pertempuran itu dan sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan sudah ditahan.
Polis menganggarkan sekitar 60,000 terlibat dalam pertempuran itu meskipun pihak penganjur menyatakan bahawa 10,000 hadir untuk mengadakan tunjuk perasaan.
Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menentang pemilihan nama baru untuk Macedonia sebagai Republik Macedonia Utara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.