Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan saksi ucapan Tahun Baru terakhir Akihito

Maharaja Akihito menyampaikan ucapan Tahun Baru terakhirnya hari ini (2 Jan) sebelum turun takhta lewat tahun ini dengan memberitahu ribuan warga Jepun yang hadir memberi ucap selamat bahawa beliau mendoakan keamanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan saksi ucapan Tahun Baru terakhir Akihito

Maharaja Akihito. (Gambar: Kim Kyung-Hoon/ Reuters)

Diterbitkan : 02 Jan 2019 05:17PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 05:21PM

TOKYO: Maharaja Akihito menyampaikan ucapan Tahun Baru terakhirnya hari ini (2 Jan) sebelum turun takhta lewat tahun ini dengan memberitahu ribuan warga Jepun yang hadir memberi ucap selamat bahawa beliau mendoakan keamanan.

Istana Diraja menyatakan, sehingga awal petang, lebih 114,600 orang telah membanjiri kawasan kediaman keluarga diraja itu dan lebih ramai lagi tiba selepas itu untuk melihat Maharaja Akihito, 85, memberi ucapan tahunan Tahun Baru buat kali terakhir.

Akihito ialah maharaja pertama Jepun yang turun takhta dalam tempoh kira-kira dua abad.

Beliau menamatkan tempoh tiga dekad bertakhta pada 30 April ini.

“Saya sejujurnya gembira untuk menyambut Tahun Baru bersama kamu semua,” katanya kepada ribuan yang hadir dengan ramai mengibar bendera Jepun dan menjerit "Banzai" atau "semoga panjang umur".

“Saya harap ini akan menjadi tahun yang baik untuk semua," kata Maharaja Akihito, diiringi Maharani Michiko di sebelahnya dan kerabat diraja lain.

"Saya doakan keamanan dan kebahagiaan negara kita dan dunia," tambahnya.
Maharaja Akihito menyampaikan ucapan ringkas Tahun Baru setiap tahun dan dijangka membuat lima lagi kemunculan pada hari ini.

Ada di kalangan yang hadir menjerit "Terima kasih" ketika beliau melambai ke arah mereka manakala ada yang menyanyikan lagu kebangsaan.

Seorang wanita yang berada di baris hadapan dilihat menitiskan air mata ketika dia memandang ke arah Maharaja Akihito.

Pada 2016, Maharaja Akihito mengejutkan negara itu apabila beliau membayangkan hasratnya untuk turun takhkta kerana usia dan masalah kesihatan.

Putera sulungnya, Putera Mahkota Naruhito akan menaiki takhta sehari selepas Maharaja Akihito turun takhta kerabat diraja tertua di dunia itu. 

Sumber : AFP/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan