Ribuan perniagaan terjejas ekoran serangan siber terhadap firma IT Amerika
Para pakar siber berkata ribuan perniagaan di merata dunia mungkin terjejas dengan serangan perisian hasad besar-besaran ke atas firma teknologi maklumat Kaseya di Amerika Syarikat.
(Gambar hiasan: Nicolas Asfouri/AFP)
WASHINGTON: Para pakar siber berkata ribuan perniagaan di merata dunia mungkin terjejas dengan serangan perisian hasad besar-besaran ke atas firma teknologi maklumat Kaseya di Amerika Syarikat.
Sungguhpun serangan tersebut disasarkan kepada penyedia khidmat IT Amerika, kesannya dapat dirasakan di merata dunia.
Rangkaian kedai barangan dapur di Sweden terpaksa menutup kesemua 800 kedainya kerana mesin wangnya terjejas dengan serangan tersebut.
Khidmat kereta api dan rangkaian farmasi negara itu juga mengalami gangguan.
Serangan siber itu berlaku hanya beberapa minggu selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden merayu agar rakan sejawatannya Vladimir Putin mengekang jenayah siber dari Rusia.
Para pakar keselamatan siber menuduh kumpulan yang berpangkalan di Rusia, R-Evil terlibat dalam serangan siber tersebut.
Ia merupakan kumpulan yang sama disyaki terlibat dalam serangan ke atas syarikat memproses daging terbesar dunia bulan lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.