Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan penduduk South Australia terputus bekalan elektrik akibat ribut petir

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan penduduk South Australia terputus bekalan elektrik akibat ribut petir

(Gambar hiasan: Hector Retamal/AFP)

CANBERRA: Beribu-ribu penduduk di negeri South Australia terputus bekalan elektrik selepas ribut petir teruk melanda negeri itu.

South Australia mencatatkan lebih 423,000 kilat pada Sabtu (12 Nov) dengan ribut membawa angin kencang melebihi 100 km sejam serta banjir kilat, lapor Xinhua.

Sehingga pagi Ahad, terdapat kira-kira 76,000 isi rumah belum mendapat bekalan elektrik, dengan beberapa kawasan menyatakan ia perlu menunggu sehingga Isnin sebelum perkhidmatan dipulihkan.

Perkhidmatan kecemasan negeri (SES) menerima lebih 1,000 panggilan untuk bantuan antara pagi Sabtu hingga Ahad.

Satu "siklon mini" dilaporkan melanda Adelaide Hills, menumbangkan pokok dan merosakkan rumah.

Penduduk Kristen Stevens, 33 tahun, berkata sebatang pokok setinggi 30 meter tumbang ke atas kereta jirannya.

"Saya agak terkejut - saya tidak sangka ia akan menjadi seteruk ini," katanya kepada News Corp Australia.

"Kereta jiran itu hampir terbelah dua. Saya tidak pernah melihat ribut seperti ini, pastinya ia adalah ribut paling teruk pernah saya alami," katanya.

Bukit dan kawasan pinggir selatan Adelaide paling teruk dilanda ribut, memaksa pesta muzik dibatalkan dan penangguhan acara sukan.

Di bandar Middleton di pantai selatan SA, banjir kilat menenggelamkan perniagaan dan rumah selepas tebing anak sungai pecah kira-kira pukul 5.00 petang waktu tempatan.

Cuaca dijangka pulih pada Ahad, dengan Adelaide, ibu kota SA, dijangka menerima kira-kira 10 milimeter hujan.
Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan