Skip to main content

Dunia

Ribuan penduduk dipindahkan susuli kebakaran hutan di Wilayah Tuscany, Itali

Lebih 3,500 penduduk di Itali terpaksa dipindahkan dari kediaman masing-masing berikutan kebakaran hutan yang terus marak antara bandar Pisa dengan Lucca di Wilayah Tuscany, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan penduduk dipindahkan susuli kebakaran hutan di Wilayah Tuscany, Itali

Usaha mengawal api berdepan kesukaran disebabkan oleh angin kencang yang terus memarakkan lagi kebakaran. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 02 May 2026 01:37PM
ROME: Lebih 3,500 penduduk di Itali terpaksa dipindahkan dari kediaman masing-masing berikutan kebakaran hutan yang terus marak antara bandar Pisa dengan Lucca di Wilayah Tuscany, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perbandaran San Giuliano Terme yang terletak berhampiran Gunung Monte Faeta merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas, dengan keadaan dilaporkan semakin meruncing sejak Jumaat malam (1 Mei).

Pihak berkuasa tempatan pada petang Khamis mengarahkan kesemua penduduk meninggalkan kawasan terbabit, manakala beberapa dewan gimnasium sudah diubah suai untuk dijadikan pusat perlindungan sementara.

Kawasan di sekitar Monte Faeta yang terletak di pinggir bandar Pisa merupakan lokasi tumpuan pelancong, terutamanya bagi aktiviti kembara.

Presiden Wilayah, Eugenio Giani menyifatkan situasi semasa sebagai "sangat sukar."

Anggota tentera turut digerakkan bagi membantu usaha memadamkan kebakaran yang mula tercetus sejak beberapa hari lalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, usaha mengawal api yang marak berdepan kesukaran memandangkan faktor angin kencang yang terus memarakkan lagi kebakaran.

Puluhan anggota penyelamat kini berada di lokasi kejadian dengan dibantu oleh pesawat pemadam api serta helikopter, menurut pihak bomba.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita