Ribuan penduduk Australia alami gangguan bekalan kuasa; hujan lebat, angin kencang landa Tasmania
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Saeed Khan)
SYDNEY: Ribuan penduduk di wilayah Tasmania Australia mengalami gangguan pada bekalan kuasa elektrik pada Ahad (1 Sep), setelah dilanda angin kencang dan hujan lebat, yang mencetuskan amaran banjir.
"Sekitar 30,000 penduduk mengalami gangguan bekalan kuasa di seluruh wilayah pagi ini," menurut syarikat janakuasa yang dimiliki wilayah, menerusi sebuah catatan di Facebook pada pagi Ahad.
Peramal cuaca negara menyatakan bahawa cuaca sejuk di Tasmania, sebuah wilayah pulau yang diduduki sekitar 570,000 orang, kini beralih "walaupun hujan dan ribut terus menimbulkan risiko kerosakan akibat tiupan angin."
"Satu lagi cuaca sejuk yang kuat akan merentasi negeri pada malam Ahad hingga awal pagi Isnin (2 Sep), mungkin memberi kesan kepada pantai barat dan utara," menurut peramal berkenaan di laman webnya.
Pihak berkuasa kecemasan mengeluarkan amaran banjir, yang menurutnya boleh menyebabkan penduduk Tasmania terpencil selama beberapa hari.
"Terdapat potensi untuk rumah-rumah ditenggelami air, dan jalan raya mungkin tidak boleh diakses," kata pengarah eksekutif Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Tasmania, Mick Lowe, dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa telah menerima 330 permintaan bantuan dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut agensi itu.
Perjalanan ke Tasmania memakan masa sekitar satu jam melalui penerbangan atau 10 jam menaiki feri dari bandar besar Melbourne, sejauh 445km. Kira-kira 40 peratus daripada pulau itu adalah hutan belantara atau kawasan perlindungan.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.