Skip to main content

Dunia

Ribuan orang tunjuk perasaan di Tel Aviv susuli peletakan jawatan ketua polis

Anggaran Waktu Membaca:
JERUSALEM: Ribuan orang mengadakan tunjuk perasaan pada Rabu (5 Jul) di Tel Aviv sebagai tanda sokongan kepada Ketua Polis bandar Israel itu.

Ia berikutan keputusan Encik Ami Eshed meletak jawatan kerana ada campur tangan politik daripada beberapa anggota kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Menurut Encik Eshed anggota-anggota kabinet berfaham tegar itu mahu pasukan polis Tel Aviv melakukan tindakan kekerasan yang melampau terhadap para penunjuk perasaan anti pemerintah.

Encik Eshed tidak mendedahkan nama anggota-anggota kabinet berkenaan.

Namun Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir, sebelum ini mendesak polis bertindak lebih tegas terhadap para penunjuk perasaan yang menentang rancangan hendak merombak sistem kehakiman Israel.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita