Ribuan orang hilang tempat tinggal susuli kebakaran kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Sekurang-kurangnya 2,500 orang kehilangan tempat tinggal selepas berlaku kebakaran di sebahagian kem pelarian Rohingya yang sesak hari ini (7 Jan).

Demikian menurut Agensi Berita Jerman, yang menukil pihak berkuasa.
Sebanyak 500 khemah sementara hangus dijilat api dalam kebakaran itu, di mana para anggota bomba mengambil masa lebih daripada tiga jam untuk mengawalnya, kata pegawai Mohammad Iqbal.
Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian di Bangladesh menyatakan dalam catatan di wadah X bahawa ia sedang menghulurkan bantuan.
Kebakaran itu berlaku di kem 5 Cox's Bazar.
Bangladesh telah memberi tempat perlindungan kepada lebih daripada sejuta masyarakat Muslim Rohingya di 34 kem di Cox's Bazar selepas mereka melarikan diri daripada dihukum di Myanmar.
Daripada jumlah tersebut, hampir 750,000 pelarian berkenaan melintasi sempadan selepas Myanmar melancarkan serbuan tentera pada Ogos 2017.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.