Skip to main content

Dunia

Ribuan masjid di Xinjiang dimusnahkan dalam 3 tahun ini

Kebanyakan pemusnahan itu berlaku dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dengan sekitar 8,500 diranapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan masjid di Xinjiang dimusnahkan dalam 3 tahun ini

(Gambar: AFP/Greg Baker)

Diterbitkan : 25 Sep 2020 05:12PM Dikemas Kini : 25 Sep 2020 05:14PM

BEIJING: Pihak berkuasa China memusnahkan ribuan masjid di wilayah Xinjiang.

Demikian menurut sebuah badan pemikir atau 'think tank' di Australia hari ini (25 Sep), dalam laporan terkini mengenai pencabulan hak asasi manusia di wilayah yang bergelora itu.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia menyatakan lebih sejuta masyarakat Uighur dan masyarakat Muslim lain yang sebahagian besarnya bertutur dalam bahasa Turki dikurung di kem-kem di merata wilayah utara barat, dengan penduduk diberi tekanan untuk tidak melakukan kegiatan-kegiatan tradisi atau keagamaan.

Sekitar 16,000 masjid pula dimusnahkan atau dirosakkan, menurut laporan Institut Dasar Strategik Australia (ASPI) berdasarkan imej-imej satelit.

Kebanyakan pemusnahan itu berlaku dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dengan sekitar 8,500 diranapkan, menurut laporan itu, dengan lebih banyak kerosakan berlaku di luar pusat-pusat bandar di Urumqi dan Kashgar.

Masjid-masjid yang terselamat daripada dirobohkan, adalah disebabkan kubah yang diturunkan, menurut kajian tersebut.

Ia menganggarkan kurang daripada 15,500 masjid di Xinjiang yang kini masih berdiri atau sekadar rosak.

Jika benar, ini bermakna jumlah paling rendah masjid yang ada di sana sejak pergolakan nasional sedekad lalu disebabkan Revolusi Kebudayaan dalam tahun 1960-an.

Sebagai perbandingan, tiada satu pun gereja Kristian dan kuil Buddha di Xinjiang yang didapati rosak atau musnah.

Menurut ASPI lagi hampir sepertiga tapak suci bagi orang Islam di Xinjiang - termasuk makam dan tanah perkuburan - sudah dihapuskan.

Menurut siasatan AFP pada tahun lalu, puluhan tanah perkuburan sudah dimusnahkan di wilayah tersebut, meninggalkan sisa tulang serta pecahan batu nisan bertaburan di sana.

China bagaimanapun menekankan bahawa penduduk Xinjiang bebas melakukan kegiatan agama masing-masing.

Pada minggu lalu, seorang jurucakap kementerian ehwal luar, Wang Wenbin berkata terdapat sekitar 24,000 masjid di Xinjiang, iaitu jumlah "tertinggi bagi setiap orang berbanding kebanyakan negara Islam lain".

Laporan terbaru itu dikeluarkan sehari selepas ASPI menyatakan ia mengenal pasti satu rangkaian pusat tahanan yang lebih di rantau tersebut, berbanding anggaran sebelum ini.

China pula menyatakan rangkaian kem-kem tersebut merupakan pusat-pusat latihan kejuruan, yang perlu untuk menangani kemiskinan dan fahaman pelampau, manakala kajian institusi itu "amat dipersoalkan", kata Encik Wang. 

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita