Ribuan khemah di Gaza dinaiki air susuli hujan lebat
Anggaran Waktu Membaca:
GAZA CITY: Hujan lebat pada Rabu (10 Dis) membadai ribuan khemah yang menempatkan orang awam di Gaza, lapor Anadolu Ajansi, yang menukil sumber daripada para saksi.
Hujan mula turun sebelum subuh dan membadai ribuan khemah di beberapa kawasan dalam wilayah terkepung itu.
Menurut wartawan Anadolu, paras air melebihi 40 sentimeter di dalam sesetengah khemah.
Jurucakap Pertahanan Awam Mahmoud Basal memberi amaran dalam satu kenyataan video mengenai “bencana kemanusiaan yang bakal berlaku” akibat cuaca buruk ketika ini.
Menurut ramalan, hujan dijangka berterusan di Gaza sehingga Jumaat (12 Dis).
Dalam pada itu, Encik Mahmoud berkata bantuan yang masuk ke Gaza masih jauh daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan 2.4 juta penduduk sambil menyeru tindakan segera masyarakat antarabangsa.
“Kami menerima lebih 1,000 rayuan sejak pagi ini daripada keluarga yang khemah mereka dinaiki air.
“Hari-hari mendatang akan bertambah sukar bagi orang awam di pusat-pusat perlindungan, dengan hujan yang dijangka lebih lebat berbanding awal pagi Rabu,” katanya.
Beliau memberi amaran bahawa lebih 250,000 keluarga di kem-kem pelarian seluruh Gaza terdedah kepada cuaca sejuk dan limpahan air hujan.
Jurucakap itu turut merayu huraian segera dan alternatif kepada khemah yang koyak akibat hujan, termasuk penyediaan rumah mudah alih bagi memberi perlindungan asas kepada mereka.
Jurucakap Perbandaran Gaza Hosni Mahna memberitahu Anadolu bahawa wilayah itu mengalami keruntuhan prasarana secara meluas, khususnya selepas tujuh daripada lapan stesen pam kumbahan utama musnah akibat serangan Israel, meningkatkan kadar kerosakan sistem pam kepada 90 peratus.
Beliau menjelaskan bahawa keupayaan untuk mengalirkan air hujan melalui stesen pam dan rangkaian merosot sebanyak 80 peratus, manakala pasukan perbandaran hanya beroperasi dengan 15 peratus peralatan lama susulan kekurangan bahan api yang berterusan.
“Longgokan runtuhan di jalan-jalan Gaza menghalang aliran air hujan menuju ke longkang,” katanya lagi.
Menurut data sebelum itu daripada pejabat media pemerintah, Gaza memerlukan sekitar 300,000 khemah dan unit rumah pasang siap bagi memenuhi keperluan perlindungan asas rakyat Palestin selepas prasarana dimusnahkan Israel sepanjang dua tahun perang.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kos pembinaan semula Gaza mencecah kira-kira AS$70 bilion (S$90.5 bilion) akibat perang Israel yang meragut lebih 70,000 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan lebih 171,000 orang.
Serangan itu terhenti selepas perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.