Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan jururawat England adakan mogok terbaru; tuntut naik gaji

Anggaran Waktu Membaca:
ENGLAND: Ribuan jururawat di merata England sedang mengadakan mogok terbaru kerana menuntut kenaikan gaji yang lebih baik bagi menghadapi kos sara hidup yang melambung tinggi.

Kesatuan sekerja utama jururawat menuduh kerajaan Britain, tidak berunding dengan bersungguh-sungguh untuk memberi pakej gaji lebih baik bagi tahun ini. Malah, kesatuan sekerja tersebut menyifatkan rundingan tersebut sebagai penting, disebabkan situasi ekonomi di negara tersebut.

Mogok pada Khamis (19 Jan) adalah yang keempat dilakukan para jururawat selepas mengadakannya buat pertama kalinya dalam masa lebih seratus tahun, pada bulan lalu.

Pada petang Rabu (18 Jan), kira-kira 100 penunjuk perasaan, termasuk ramai jururawat, berarak ke Downing Street di tengah London, sebagai bantahan.

Mogok terbaru itu sekali gus memberikan tekanan kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional sedang permintaan perkhidmatan jagaan kesihatan memuncak disebabkan penyakit musim sejuk dan lanjutan senarai menunggu bagi rawatan yang disebabkan oleh pembatalan COVID-19 serta kekurangan kakitangan.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan