Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ribuan hilang tempat tinggal ekoran banjir di Australia

Anggaran Waktu Membaca:
ANKARA: Beribu-ribu penduduk di Victoria, Australia hilang tempat tinggal akibat banjir yang berlarutan di negeri itu.

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews mengesahkan seramai 11,000 mangsa memohon bantuan, lapor Agensi Anadolu, memetik ABC News.

"Insiden ini menjejaskan puluhan ribu orang," katanya.

Banjir itu turut menyebabkan rumah dan jalan raya rosak serta menjejaskan sistem kuasa di beberapa kawasan di negeri tersebut.

Menurut kerajaan negeri, lebih 10,000 kerja-kerja pembaikan jalan raya telah dilaksanakan manakala 359 jalan raya masih ditutup dan 1,860 kediaman terputus bekalan elektrik.

Kerajaan negeri juga mengumumkan peruntukan AUD$351 juta (S$312 juta) bagi membantu masyarakat yang terjejas banjir dan AUD$165 juta (S$147 juta) akan dibelanjakan untuk kerja-kerja pembaikan jalan dan pembersihan.

Sementara itu, Perdana Menteri Anthony Albanese turut melawat kawasan yang terjejas di Victoria dan New South Wales.

Pada Ahad (16 Okt), Victoria melaporkan korban pertama akibat banjir membabitkan seorang lelaki berusia 71 tahun yang ditemukan mati di sebuah rumah di Rochester.

Tiga negeri iaitu Victoria, New South Wales dan Tasmania di bawah amaran banjir menyusuli hujan lebat yang melanda kawasan tenggara minggu ini.

Krisis itu berlaku selepas banjir melanda pantai timur pada Mac dan April hingga mengorbankan lebih 20 nyawa.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan