Ribuan cedera susulan kegilaan e-skuter
Lebih 1,500 orang dirawat akibat kecederaan kerana menggunakan skuter elektrik berkuasa bateri di Amerika Syarikat sejak kegilaan itu bermula pada lewat 2017, menurut tinjauan Laporan Pengguna.
Lebih 1,500 orang dirawat akibat kecederaan kerana menggunakan skuter elektrik. (Gambar: Mario Tama/Getty Images/AFP)
WASHINGTON: Lebih 1,500 orang dirawat akibat kecederaan kerana menggunakan skuter elektrik berkuasa bateri di Amerika Syarikat sejak kegilaan itu bermula pada lewat 2017, menurut tinjauan Laporan Pengguna.
Majalah pengguna tidak berasaskan keuntungan itu melaporkan, kiraannya berdasarkan laporan dari hospital dan pegawai kecemasan, adalah tidak lengkap dan tidak memasukkan empat laporan kematian berkaitan e-skuter.
Namun, ia memperoleh data 1,542 kes rawatan kecemasan bagi kecederaan berkaitan e-skuter selepas menghubungi 110 hospital dan lima agensi di 47 bandar yang mana dua syarikat skuter terbesar beroperasi.
Kegilaan menunggang skuter itu, yang membolehkan pengguna menyewa dan menggunakan peralatan dua roda itu untuk perjalanan singkat, dianggap sebagai revolusi kepada pengangkutan bandar.
Namun laporan-laporan media menarik perhatian kepada bahaya penggunaan skuter itu sama ada di laluan pejalan kaki atau di jalan raya.
Minggu ini sahaja, seorang pelajar dari Ireland berusia 21 tahun meninggal dunia selepas dilanggar kereta ketika menunggang skuter itu di Austin, Texas, menurut media.
Laporan Pengguna, yang mengeluarkan laporannya kelmarin (5 Feb), menyatakan beberapa mangsa dirawat di hospital kerana mengalami trauma pada kepala, patah hidung, patah lengan dan kecederaan itu, sebahagiannya memerlukan pembedahan.
Walaupun firma e-skuter menggalak pengguna memakai topi keledar, tidak banyak perundangan memerlukan mereka berbuat demikian.
"E-skuter merupakan pilihan pengangkutan baru yang berpotensi besar. namun keselamatan harus diutamakan,"kata William Wallace, pengamat kanan bagi Laporan Pengguna.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.