Skip to main content

Dunia

Ribuan berhimpun di London desak pungutan suara baru berhubung Brexit

Ribuan penduduk Britain dijangka membanjiri jalan di sekitar London pada Sabtu (19 Okt), bagi menuntut kerajaan mengadakan pungutan suara baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Ribuan berhimpun di London desak pungutan suara baru berhubung Brexit

(Gambar: Tolga Akmen/AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2019 12:05PM Dikemas Kini : 19 Oct 2019 12:10PM

LONDON: Ribuan penduduk Britain dijangka membanjiri jalan di sekitar London pada Sabtu (19 Okt), bagi menuntut kerajaan mengadakan pungutan suara baru. Desakan itu dibuat sedang Parlimen menentukan masa depan Britain apabila ia keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Selepas perbahasan lebih tiga tahun, masih belum jelas bagaimana, bila atau jika Brexit akan menjadi kenyataan. Ini, sedang Perdana Menteri, Boris Johnson cuba meluluskan perjanjian Brexit baru, dan cuba mengelak berlakunya krisis politik berpanjangan.

Para penunjuk perasaan dari seluruh United Kingdom akan berhimpun di Park Lane dekat Hyde Park pada tengah hari ini, sebelum berarak ke Parlimen. Para ahli parlimen bakal mengadakan undian pada sesi yang berlangsung hari ini, iaitu yang pertama diadakan pada Sabtu sejak perang Falklands pada 1982.

Pengarah kempen People’s Vote, James McGrory yang menganjurkan perarakan itu berkata kerajaan perlu mengambil kira bantahan penyokong pro-Eropah dan mengadakan satu lagi pungutan suara mengenai Brexit.

“Perjanjian baru ini tidak menggambarkan apa yang dijanjikan sebelum ini, maka rakyat berhak mendapat satu lagi peluang untuk menyatakan pendapat mereka.

“Tiada bantahan yang mampu menyatakan perubahan pendirian rakyat kecuali perhimpunan membabitkan ratusan ribu orang di jalanan bagi mendesak supaya suara mereka didengar, ketika ahli politik di Parlimen membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang,” katanya.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita