Ribuan askar Ukraine lancar serangan mengejut bagi 'ganggu kestabilan' Rusia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Roman PILIPEY)
KYIV: Ribuan tentera Ukraine menyertai serangan mengejut yang bertujuan untuk menganggu kestabilan Rusia dengan mendedahkan kelemahannya, kata seorang pegawai tertinggi Ukraine kepada AFP.
Tentera Rusia pada Ahad (11 Ogos) menyatakan bahawa ia tahu tentang kehadiran tentera Ukraine di wilayahnya, selepas pertempuran yang berlaku selama enam hari.
Tentera Rusia menambah bahawa pihaknya berjaya menyerang tentera Ukraine serta peralatannya dalam jarak 30 kilometer dari sempadannya.
Selepas beberapa hari berdiam diri, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengiktiraf serangan itu buat kali pertama dalam ucapan hariannya pada Sabtu (10 Ogos), dengan mengatakan bahawa Kyiv sedang "berada dalam kawasan musuh".
Serangan mengejut di wilayah Kursk, di sempadan barat Rusia, merupakan serangan terbesar dan paling berjaya oleh Kyiv setakat ini.
Tentera Rusia terpaksa mengerah askar dan peralatan tambahan, serta memindahkan sekurang-kurangnya 76,000 orang awam dari kawasan di sempadannya.
Pada Ahad, Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan ia "berjaya menggagalkan" percubaan tentera Ukraine, yang menggunakan kenderaan berperisai "untuk masuk ke kawasan Rusia".
Sebahagian unit askar Ukraine menyatakan ia terlibat dalam pertempuran dengan unit musuh di kawasan perkampungan Tolpino dan Obshchy Kolodez, kira-kira 25 dan 30 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
BANGKIT SEMANGAT TENTERA UKRAINE
Penganalisis berkata kemungkinan besar Kyiv melancarkan serangan itu untuk mengurangkan tekanan ke atas askarnya di barisan hadapan di kawasan-kawasan lain.
Namun, pegawai Ukraine itu berkata, setakat ini, serangan tersebut tidak memberi kesan yang besar.
Menurutnya lagi, askar Ukraine akan menghormati undang-undang kemanusian antarabangsa ketika berada di Rusia, dan ia tidak mempunyai rancangan untuk menakluki kawasan yang dipegang ketika ini.
Pada Ahad, Rusia berikrar untuk bertindak balas atas serangan Ukraine di sempadannya.
PELIBATAN BARAT SECARA TIDAK LANGSUNG
Pada Rabu (7 Ogos), Rumah Putih menyatakan ia menghubungi Ukraine untuk mengetahui lebih lanjut tentang "objektif" serangan mengejut itu.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Mei membenarkan Kyiv untuk menggunakan senjata yang dibekalkan Amerika ke atas sasaran di sempadan Rusia, untuk menangkis pergerakan Mosko di wilayah Kharkiv.
Sekalipun demikian, jurucakap pertahanan negara John Kirby berkata bahawa dasar Amerika Syarikat yang tidak menggalakkan serangan di sempadan atau ke atas Rusia "tidak berubah".

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.