Riau antara lokasi tumpuan penyeludupan pekerja hijrahan Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram/ Mahfud
JAKARTA: Kepulauan Riau dikenal pasti sebagai salah satu ‘hot spot’ pemerdagangan manusia di Indonesia, kata Menteri Penyelaras Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Mahfud MD.
Menerusi catatan di Instagram, beliau berkata wilayah itu, terutamanya Batam juga dijadikan oleh sindiket sebagai pintu penyeludupan pekerja hijrahan Indonesia ke luar negara.
“Sindiket dan jaringan pemerdagangan manusia di Batam bukan di kalangan orang biasa kerana diselaras dengan baik melibatkan individu di pihak pemerintahan dan pihak swasta,” katanya.
Encik Mahfud yang juga ketua Pasukan Petugas Pencegahan dan Pengendalian Jenayah Pemerdagangan Orang di peringkat pusat memberi jaminan akan mengambil tindakan segera dan tegas.
Beliau berada di Batam minggu lalu untuk melawat pusat perlindungan mangsa sindiket St. Theresia dan mengunjungi Terminal Feri Antarabangsa Batam.
“Pengesahan serta data yang diperolehi akan disemak,” katanya merujuk kepada maklumat penting aktiviti pemerdagangan manusia yang selama ini dianggap sekadar khabar angin.
Perkara itu akan di bawa ke Jakarta untuk tindakan penguatkuasaan dan bekerjasama dengan Badan Pelindungan Pekerja Hijrahan Indonesia (BP2MI) serta agensi lain untuk memeranginya.
“Jenayah ini serius kerana merendahkan martabat manusia secara luar biasa dan cenderung kepada perhambaan moden, malah lebih jahat dibandingkan dengan perhambaan zaman dahulu,” kata Encik Mahfud.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.