RI harus kekal inklusif, beri harapan kepada pelajar pelbagai latar belakang, kata PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Raffles Institution (RI) harus kekal inklusif dan menjadi sumber harapan bagi semua pelajar tidak kira latar belakang atau keadaan keluarga mereka.
PM Lee menambah bahawa RI harus berusaha gigih untuk menggalakkan pelbagai bakat untuk mempertimbangbelajar di situ.
Beliau berkata demikian dalam ucapan yang
Menteri Pendidikan Chan Chun Sing sempena ulang tahun ke 200 institusi itu.
"Masyarakat sekolah yang pelbagai memberi faedah kepada semua pelajar. Potensi pembelajaran dapat dicapai apabila terdapat campuran baik pelajar di sekolah. Ia membolehkan semua orang menghargai perspektif berbeza dan belajar daripada pelajar lain yang mempunyai pengalaman hidup dan latar belakang berbeza," kata Encik Lee.
Encik Chan berkata PM Lee dinasihatkan supaya tidak menghadiri majlis besar-besaran selepas dijangkiti COVID-19, awal minggu ini.
Dalam satu catatan Facebook, Encik Lee berkata beliau sudah diuji negatif dan akan kembali bekerja pada Isnin.
Sekitar 4,000 pelajar, kakitangan dan anggota alumni RI hadir pada sambutan ulang tahun institusi itu pada Ahad.
Untuk menggalakkan semangat inklusif, RI akan menyertakan bidang baru di bawah skim Kemasukan Langsung ke Sekolah (DSA).
Pelajar kini boleh memohon menyertai skim DSA di peringkat JC 1 berdasarkan kekuatan kepimpinan dan perwatakan teladan.
Mereka yang berbakat dan cemerlang dalam sukan bola keranjang juga boleh memohon DSA ketika di darjah 6.
Menurut RI, ia juga akan menambah tempat asrama yang ditawarkan kepada 100 pelajar bagi meluaskan peluang pembelajaran kepada pelajar di sekolah-sekolah lain.

Sumber : CNA/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.