Rezeki Ramadan bagi peniaga akok kayu arang di bazar Gua Musang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
GUA MUSANG: Adunan akok resepi turun-temurun yang dibakar secara tradisional menggunakan kayu arang memberikan rezeki berganda buat seorang peniaga di bazar Ramadan Gua Musang.
Arisuani Ahmad, 49 tahun, berkata rasa akok yang disalai berbanding dimasak menggunakan dapur elektrik menjadi pilihan pelanggan dengan 5,000 biji makanan tradisi itu dijual setiap hari ketika bulan Ramadan berbanding 2,000 biji pada hari biasa.
“Memasak cara ini membuatkan akok mempunyai rasa salai selain membangkitkan aroma yang lebih kuat dan permukaan lebih garing tetapi isinya kekal lembut,” katanya ketika ditemui Bernama.
Cik Arisuani yang telah berniaga sejak 30 tahun dahulu berkata 20 kilogram (kg) kayu arang digunakan setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan di bulan Ramadan ini.
Selain itu beliau menggunakan lebih 2,000 biji atau 70 papan telur bergred tinggi setiap hari untuk memastikan adunan akok yang dibancuh menjadi kembang dan gebu selepas dibakar.
“Meskipun harga barangan mentah kian meningkat saya masih mengekalkan harga jualan dengan menjual 80 sen sebiji atau RM4 (S$1.13) untuk lima biji akok kepada pelanggan,” katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.