Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rezeki 'Atuk', penjual nasi lemak RM5 di Pulau Pinang

Anggaran Waktu Membaca:
Rezeki 'Atuk', penjual nasi lemak RM5 di Pulau Pinang

(Gambar: Tangkapan skrin video @toklee_granpader/TikTok)

BERITAmediacorp: Rakaman memaparkan seorang lelaki menangis ketika berniaga nasi lemak daging mengundang sebak dalam kalangan warga net.

Video peniaga di Pulau Pinang itu  yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Atuk’ berkicau di media sosial minggu ini, selepas nasi lemak daging yang dijualnya pada harga RM5 (S$1.54) dikatakan mahal oleh segelintir individu.

Dalam video sepanjang 5 minit 13 saat itu Atuk meluahkan rasa kecewa apabila nasi lemak Daging yang dijualnya dikatakan ‘mahal’.

“Hampa tau tak daging sekilo berapa ringgit?”, luahnya.

Lantas untuk menutup mulut makcik pakcik yang membawang, beliau buat perbandingan harga dan mutu nasi lemak yang dijualnya dengan peniaga lain.

Jelasnya, meskipun nasi lemak tersebut mengandungi bahan dan lauk yang sama namun terdapat perbezaan dari segi jumlahnya di mana bagi RM3 (S$0.93) daging yang diletakkan lebih sedikit jika nak dibandingkan dengan RM5 (S$1.54).

Beliau turut berkata lauk yang diletaknya dalam nasi lemak RM5 itu akan membuatkan pelanggan lebih puas untuk menikmatinya serta boleh bertahan kenyang sehingga waktu tengah hari.

Rata-rata ramai netizen memberikan sokongan kepada  Atok.

"Sesetengah tempat, nasi lemak dengan telur goreng tanpa kacang pun sudah RM4 (S$1.24)..."

"Yang cakap mahal tu, beli bahan dan masak sendiri lah," kata seorang lagi warga net. 

"Yang mereka kata mahal ni mesti tak pernah beli barang di pasar." 

Tambah seorang warga net, "RM5 itu cukup berbaloi. Belum kira tenaga lagi, gas lagi." 

Videonya meraih lebih 250,000 tontonan dan dalam kemas kini terbaru, disebabkan videonya yang tular itu, perniagaan Atok juga semakin laris.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan