Restoran di Seremban diarah tutup 14 hari kerana cuci, jual semula lebihan makanan
Premis makanan yang dipercayai mencuci lebihan makanan untuk dimasak dan dijual semula dikenakan tindakan penguatkuasaan dan diarahkan ditutup selama 14 hari bermula Selasa (3 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
SEREMBAN: Premis makanan yang dipercayai mencuci lebihan makanan untuk dimasak dan dijual semula dikenakan tindakan penguatkuasaan dan diarahkan ditutup selama 14 hari bermula Selasa (3 Feb).
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) dalam kenyataan pada Rabu (4 Feb) memaklumkan arahan penutupan premis tersebut dilakukan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983, serta pengeluaran notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
"Pada hari ketiga pihak penguat kuasa akan buat pemeriksaan semula sama ada tindakan telah diambil. JKNNNS memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan. Orang ramai terutama pemilik, pengusaha dan pengendali makanan diwajibkan untuk memastikan aspek keselamatan makanan terjaga.
"Pengabaian ke atas aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan kejadian keracunan.
"JKNNS sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna," menurut kenyataan tersebut.
Jabatan itu turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan makanan dengan mengamalkan "perhati dan pilih" semasa memilih premis makanan serta "lihat, hidu, rasa" kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.
Pada Selasa (3 Feb), tular di Facebook apabila seorang pengguna memuat naik rakaman dan gambar memaparkan seorang pekerja kedai dipercayai sedang membasuh lebihan makanan seperti ayam dan daging untuk digunakan semula keesokan harinya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.