Skip to main content

Dunia

Resipi timun tular di TikTok: Apakah khasiatnya?

Anggaran Waktu Membaca:
Resipi timun tular di TikTok: Apakah khasiatnya?

(Gambar: Pexels)

Diterbitkan : 03 Sep 2024 08:44PM
REYKJAVIK: Iceland mengalami kekurangan bekalan timun baru-baru ini, disebabkan resepi yang tular di TikTok yang berasal dari Kanada.

Resepi salada oleh pempengaruh Logan Moffitt, yang diberi gelaran "cucumber guy", dibuat daripada sos soya, sos ikan, minyak bijan, biji bijan, bawang putih, daun bawang, gula, gula, MSG dan sebiji timun yang dihiris, dan digaul dalam bekas plastik.

Ya, sebiji timun, kerana "kadang kala anda perlu makan satu biji timun" seperti yang dikatakan pempengaruh 23 tahun itu menerusi videonya.

Seramai 6 juta pengikutnya di TikTok kagum dengan resepi salada yang tular itu, terutama di Iceland.
SELAIN RESEPI, APA YANG SEBABKAN KEKURANGAN BEKALAN TIMUN DI ICELAND?

Meskipun Iceland menghasilkan kira-kira enam juta timun setahun, negara Nordic itu sukar untuk memastikan bekalan timun yang cukup tahun ini, bagi rakyatnya yang gemar makan sayur tersebut.

Demikian menurut persatuan petani Iceland, Horticulturists’ Sales Company (SFG).

Selain resepi itu, pengarah pasaran SFG Kristin Linda Sveinsdottir memberitahu BBC bahawa faktor lain juga memainkan perananan dalam kekurangan bekalan itu. Sebagai contoh, petani menanam tanaman mereka berdasarkan kitaran tertentu, dan trend TikTok itu berlaku tepat pada masa apabila hasil timun berada pada kadar yang rendah.

APAKAH PERBEZAAN JENIS-JENIS TIMUN?

Timun, tidak kira jenisnya, berasal daripada keluarga cucurbita, termasuk pelbagai jenis labu, limau serta buah luo han guo. Timun mengandungi kira-kira 95 peratus air, sekali gus dinamakan botol air semula jadi.

Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Timun juga boleh mempunyai belang, tompok, bonggol atau dalam warna hijau sepenuhnya. Manakala timun lain seperti zukini atau courgette berwarna kuning, dan timun limau berbentuk bulat.

"Ini fakta yang menarik: Timun adalah sejenis buah," kata Jaclyn Reutens, seorang pakar diet di Aptima Nutrition and Sports Consultants.

Timun mana satu yang ingin digunakan tergantung kepada resepi. Secara umum, pilih timun yang mempunyai bonggol kecil untuk dibuat jeruk, kerana ia keras dan mempunyai kulit yang lebih kuat.

Jika anda ingin menghiasi atau sedang membuat sandwic atau salada yang menggunakan timun mentah, gunakan timun yang mempunyai kulit tipis, kecil dan tidak berbiji.

ADAKAH GOSOK HUJUNG TIMUN YANG DIPOTONG DAPAT HILANGKAN RASA PAHIT?

Menurut Reuters, kompaun yang menyebabkan timun rasa pahit dipanggil cucurbitacins, dan ia boleh ditemui dalam cecari putih yang kelihatan seperti susu apabila timun dipotong.

"Menggosok hujung timun menyebabkan cecair tersebut untuk mengalir keluar dan mengurangkan rasa pahit," kata Cik Reutens.
 
Related article image
(Gambar: Pexels)
Timun yang tumbuh secara liar atau organik rasa lebih pahit, kerana ia ingin memastikan haiwan liar tidak memakan buah tersebut.

"Timun yang ditumbuh dalam persekitaran yang terkawal mempunyai rasa kurang pahit, dengan kandungan air yang tinggi."

APAKAH TIMUN MAKANAN YANG BERI MANFAAT PADA TUBUH?

Timun adalah kawan baik mereka yang ingin mengekalkan berat badan. Setiap hidangan (100 gram (g) atau satu pertiga timun) mengandungi hanya 15 kalori.

Berdasarkan analisis yang menyelidik 13 kajian pada 2016, disebabkan kandungan airnya yang tinggi, timun boleh membantu mengurangkan berat badan.

PATUTKAH ANDA MAKAN SEBIJI TIMUN DALAM SATU HIDANGAN?

Sebiji timun mempunyai berat kira-kira 300 gram. Ia terlalu banyak untuk dimakan pada satu masa," kata Cik Reutens. Beliau menarik perhatian bahawa jumlah sayur dan buah-buahan yang digalakkan untuk dimakan sehari adalah 100g.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita