Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Republican raih majoriti tipis, Biden ucap tahniah

Anggaran Waktu Membaca:
Republican raih majoriti tipis, Biden ucap tahniah

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden. (Gambar: AFP/Mandel Ngan)

Diterbitkan : 17 Nov 2022 11:09AM Dikemas Kini : 17 Nov 2022 11:09AM
AMERIKA SYARIKAT: Parti Democrat mengekalkan penguasaan Senat sementara Parti Republican menguasai Dewan Perwakilan menyusuli pilihan raya separuh penggal di Amerika Syarikat.

Stesen-stesen televisyen Amerika Syarikat melaporkan, parti Republican meraih majoriti tipis untuk mengusai Dewan Perwakilan.

Menurut penganalisis, keputusan itu mungkin akan menjadi tamparan hebat kepada agenda parti Democrat dan Presiden Joe Biden.

Para anggota Republican kini boleh mengggunakan kuasa majoriti untuk menghalang pengundian rang undang-undang yang diusulkan dewan Senat.

Presiden AS Joe Biden, seorang Democrat mengucapkan tahniah kepada para anggota Republican atas kemenangan mereka pada Rabu (16 Nov).

"Rakyat AS mahukan kita membangunkan negara," kata Encik Biden dalam kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.

"Saya akan bekerjasama dengan sesiapa - Democrat mahupun Republican- yang sanggup bekerjasama dengan saya untuk menjayakan usaha mereka," kata beliau, lapor Reuters.
Sumber : Reuters/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa