Republican luaskan majoriti Senat, kian hampir kuasai Dewan Perwakilan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP)
WASHINGTON: Parti Republican pimpinan Donald Trump dijangka akan merampas satu lagi kerusi Senat pada Khamis (7 Nov) dan semakin kelihatan akan mengekalkan kuasanya dalam Dewan Perwakilan, yang sekali gus meletakkan parti itu dalam kedudukan yang baik untuk menguasai kedua-dua dewan Kongres pada tahun depan.
Beberapa media meramalkan bahawa calon Republican Dave McCormick akan mengalahkan Senator Democrat Bob Casey di Pennsylvania, memberikan parti Trump sekurang-kurangnya 53 kerusi dalam dewan sebanyak 100 kerusi tahun depan. Margin itu boleh meningkat setinggi 55 kerusi jika Republican memenangi pertarungan di Arizona dan Nevada, yang masih belum mengumumkan keputusan masing-masing.
Dalam perebutan Dewan Perwakilan, Republican semakin menghampiri kemenangan selepas menambah satu kerusi kepada majoriti 220-212 mereka, walaupun 25 keputusan masih belum diumumkan.
Parti Republican telah memperoleh sekurang-kurangnya 211 kerusi, kurang tujuh daripada kuasa majoriti dalam dewan sebanyak 435 kerusi. Democrat perlu memenangi 19 daripada baki keputusan yang belum diumumkan untuk memperolehi kuasa majoriti Dewan dan mengekalkan kuasa di Washington.
Keputusan muktamad Dewan mungkin tidak diketahui buat sementara waktu ini kerana 11 daripada persaingan di California, biasanya mengambil masa selama beberapa hari untuk mengira undi.
Dengan menguasai Senat, Republican akan berada dalam kedudukan yang baik untuk mengesahkan kakitangan Encik Trump dan pelantikan jawatan kehakiman, walaupun mereka masih kekurangan 60 undi yang diperlukan untuk meluluskan sebahagian besar undang-undang dengan pantas.
Jika Republican mengawal Dewan itu, mereka akan dapat membantu Encik Trump menunaikan janji kempen seperti memotong cukai dan menyekat imigresen dengan mendadak.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.