Rempuhan Stadium Kanjuruhan: Setahun selepas tragedi, keluarga mangsa belum temukan penyelesaian
Anggaran Waktu Membaca:
Stadium Kanjuruhan di Malang, setahun setelah tragedi berdarah berlaku di sana.
MALANG: Devi Athok tidak akan pernah melupakan tarikh 1 Oktober 2022 – hari di mana dunianya seakan-akan runtuh.
Kedua anak perempuannya meminta izin untuk menonton perlawanan bola sepak pada malam itu di stadium Kanjuruhan.
Siapa sangka, itulah kali terakhir beliau menatap wajah-wajah mereka.
Kedua beradik itu dalam kalangan 135 peminat bola sepak yang terkorban semasa tercetus rempuhan di Stadium Kanjuruhan. Ratusan yang lain cedera.
Mereka yang terselamat serta keluarga para mangsa pula masih belum menemukan penyelesaian kepada tragedi bola sepak paling berdarah dan mengejutkan di Indonesia itu.

Pasukan tuan rumah Arema FC berentap dengan musuh ketatnya, Persebaya Surabaya. Arema kalah, dan para penyokong menyerbu ke padang. Ini memaksa pasukan polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan para penonton.
Sebuah pasukan penyiasat yang ditubuhkan Presiden Joko Widodo mendapati, penggunaan gas pemedih mata secara rambang oleh polis menjadi punca rempuhan.
Ogos lalu, dua orang anggota polis yang dituduh cuai sehingga menyebabkan rempuhan, dijatuhi hukuman penjara selama dua setengah tahun.
Namun hukuman itu dianggap terlalu ringan oleh keluarga para mangsa.

"Kami sangat menghormati kesungguhan sesetengah keluarga mangsa untuk terus memperjuangkan keadilan. Adanya perbezaan pandangan... saya rasa wajar di alam demokrasi seperti ini. Tapi saya melihat harus ada garis tegas," kata Ketua Polis Daerah Malang, Putu Kholis Aryana.
Setahun selepas tragedi itu, Stadium Kanjuruhan kelihatan seolah-olah terbiar dan tidak terjaga. Namun ia sebenarnya tidak dilupakan.
Ada rancangan untuk mengubahsuaikan stadium tersebut dengan kapasiti stadium akan dikurangkan daripada 38,000 kepada kira-kira 22,000.
"Saya secara peribadi waktu itu sudah menghimpun dana, sebelum jadi Pengerusi Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia. Yang terkumpul melebihi 1 bilion rupiah (S$88,000). Tetapi apakah itu menyelesaikan? Ya, (dan) tidak," ulas Encik Erick Thohir.

Bagi Devi Athok, apapun usaha yang dilakukan, dua anak gadisnya tidak akan kembali.
"Keadilan hukum (nampaknya) sesuai dengan selera penguasa dan mereka yang punya pangkat dan jabatan. Kalau rakyat kecil (seperti kami) kalau mencari keadilan, penuh drama," rintih Encik Devi Athok.
Beliau berdoa untuk diberi kekuatan dan berani demi menuntut keadilan untuk kedua anaknya selain berharap, tragedi sedemikian tidak akan pernah terulang.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.