Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Reman suami isteri didakwa dera amah sehingga buta disambung dua hari

Tempoh reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mendera pembantu rumah warga Indonesia sehingga buta disambung dua hari lagi, bermula esok (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Reman suami isteri didakwa dera amah sehingga buta disambung dua hari

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 03:56PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 03:57PM

IPOH: Tempoh reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mendera pembantu rumah warga Indonesia sehingga buta disambung dua hari lagi, bermula esok (26 Okt).

Perintah sambung reman terhadap kedua-dua suspek berusia 35 dan 36 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Puteri Nordina Kamalaudin, hari ini setelah tempoh reman lima hari bermula Isnin lepas tamat hari ini.

Rabu lepas, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz dilaporkan berkata pasangan itu ditahan hasil pemerhatian dan maklumat orang awam mengenai mangsa yang didera serta tidak dibayar gaji sebagai pembantu rumah.

Beliau berkata, suspek lelaki ditahan Ahad lepas, semasa membawa mangsa keluar di Jalan Iskandar di sini manakala isterinya ditahan di kediaman mereka di Hala Kledang Emas, Taman Kledang Emas di sini sekitar pukul 6.00 petang, hari yang sama.

Pasangan itu dipercayai mendera pembantu rumah berusia 20-an yang sudah lama bekerja dengan mereka sehingga buta selain sering ditumbuk. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan