Reman pengetua didakwa liwat disambung 3 hari
Reman yang dikenakan ke atas seorang pengetua sebuah sekolah menengah di Butterworth, Pulau Pinang yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan liwat terhadap murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu disambung tiga hari lagi.
Gambar hiasan.
BUTTERWORTH: Reman yang dikenakan ke atas seorang pengetua sebuah sekolah menengah di Butterworth, Pulau Pinang yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan liwat terhadap murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu disambung tiga hari lagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata pengetua berusia 55 tahun itu yang ditahan pada Khamis lalu (25 Okt) sepatutnya tamat remannya hari ini (28 Okt).
"Namun pihak polis telah mendapatkan perintah reman tiga hari lagi sehingga 31 Okt ini bagi membolehkan kami melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan. Selepas kertas siasatan itu siap, ia akan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya hari ini (28 Okt).
Pada Selasa lalu (23 Okt), agensi berita Bernama melaporkan bahawa polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, yang mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.
Kedua-dua pelajar itu membuat aduan polis mendakwa diliwat pengetua berkenaan pada hujung minggu lalu ketika menyertai program pendidikan di sekolah lelaki tersebut bertugas, selepas memaklumkan kejadian itu kepada keluarga masing-masing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.