Reman CEO GISBH disambung hingga 10 Okt
Semua 24 ahli termasuk pimpinan tertinggi GISBH seperti CEO, isteri dan anak-anak mereka ditangkap semula bersabit satu kertas siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Ketua Polis Malaysia Razarudin Husain. (Gambar: Bernama)
Menurut laporan itu lagi, perkara tersebut disahkan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, ketika beliau dihubungi.
"Reman kedua ke atas 'high value target' (kes GISBH) termasuk Nasirudin dibenarkan sehingga 10 Oktober ini," katanya dalam kenyataan ringkas, pada Jumaat.
Beliau berkata, reman ke atas isteri seorang lagi pemimpin kanan GISBH disambung sehingga Sabtu.
BH Online sebelum ini melaporkan sambungan reman itu bertujuan membolehkan polis meneruskan siasatan berkait kes pemerdagangan manusia.
Encik Razaruddin dilaporkan berkata semua 24 ahli termasuk pimpinan tertinggi GISBH seperti CEO, isteri dan anak-anak mereka ditangkap semula bersabit satu kertas siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Semua 24 orang berusia 25 hingga 65 tahun itu direman tujuh hari bermula 19 September lalu sebelum disambung.
Sejak Op Global dilancarkan pada 11 September lalu, lebih 300 orang termasuk kepimpinan tertinggi GISBH ditahan, manakala 592 kanak-kanak diselamatkan.
Setakat ini, seramai 93 ahli GISBH direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, manakala 34 orang lagi ditahan mengikut peruntukan SOSMA.
Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan keseluruhan 206 akaun berkait GISBH bernilai lebih RM1.35 juta(S$415,000) setakat ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.